Tuesday, 31 May 2011

ulasan filem 'KONGSI'...sekadar pandangan peribadi penulis..

sejak dudk di lipis ni susah ckt nk tgk wayang...maklumla pnggung  xda...
jadi bila tgk iklan filem baru di tv,... 'Kongsi'..rasa panas punggung....xsabar nk tgk, mcm best je cite ni...saya ni
mmg pantang kalo tgk adanya  cite2 action ni...maklumla cite action melayu...jrg2 ada...walau kurang ska tgk filem melayu  lps  pernah tertipu bila tgk filem2  kurang cerdik arahan prof razak mohaideen....lol...saya bagi filem ni berbintang2, 3.5 bintang..huhu, ....untuk filem ni, keseluruhannya:
.aksi2 ditunjukkan dlm filem ini sgt mantap, cuma sdkt trganggu dan cacat semasa dlm satu aksi kejar mengejar  .. cthnya semasa aksi kejar mngejar timulak dan inspektor wanita trsbt,  nmpk sgt ketara pelakon lompat menggunakn tali khas...sgt xreal,nmpk mcm terbang pon ada...lucu pon ada.. plot jalan cerita pon xberapa kuat,adakah  timulak dihantar untk mbalas dendam dan kucar kacirkan kumpln kongsi gelap hanya kerana dendam lama yg berpunca dari sikap xbrpuas hati akan isu yg xlogik (kalah muay thai lalu trpaksa mnjadi hamba abdi bosnya)....tpi credits to director filem ni atas rencah aksi komedi bersahaja timulak yg menjadi dan menghiburkan....sam juga nmpk real kecek kelate...heheh...dan lastly, bg sayala..cite melayu paling best yg pernah saya tgk adalah filem Hikayat Merong Mahawangsa....4 bintang tnk filem ni..xsia2 kuarkn blanja byk untk buat filem trsebut...

Monday, 23 May 2011

tragedi tanah runtuh (rumah anak yatim al-taqwa), 21 mei 2011...-al-fatihah

Takziah kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. Gambar diambil sebelum kejadian....
semoga roh mereka ditempatkn dalam kalangan org2 yg soleh...aminnTanah Runtuh: Mangsa seperti dihempap 600 lori
di petik daripada sumber: Harakahdaily   
KAJANG, 23 Mei: Dianggarkan sejumlah 3,506 meter padu tanah atau bersamaan dengan 600 buah lori yang menimbus sejumlah 25 pelajar dan warden dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir Ashaari Mohamad ketika memberi taklimat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi kejadian lewat petang ini.

"Bahkan dari maklumat yang kita perolehi, sesetengah dari mangsa bukan sahaja ditimbus oleh tanah, malah juga batu besar yang menghimpit mereka," katanya.

Selain Tan Sri Khalid, turut serta melawat lokasi kejadian petang tadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat.

Ashaari Mohamad juga berkata antara faktor tanah runtuh tersebut berlaku kerana hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah.

Menjelas lanjut beliau berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

Kedudukan bangunan itu juga katanya sememangnya tidak selamat ekoran terletak terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki dari cerun yang hampir tegak iaitu antara 75 hingga 80 darjah.

Disamping itu beberapa rekahan lama juga terdapat di bangunan madrasah tersebut yang menunjukkan kawasan tersebut beresiko ditimpa tanah runtuh.

Sementara itu Menteri Besar Selangor itu turut meluangkan masa melawat ke penempatan sementara penghuni madrasah dan anggota keluarga yang disediakan kerajaan negeri di Azwin Resort.

Beliau menasihatkan semua keluarga yang terlibat bersabar menerima ujian Allah itu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden terbabit sedang berlatih kompang dan nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu sememangnya dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.






sekadar berkongsi cerita.............


Wednesday, 11 May 2011

pengalam interview DPLI...

msh segar lg ingtn masa kena interview DPLI thn 2009 dulu...bru nk panaskn punggongku duduk di kerusi,aku terus diajukan soalan ini:
interviewer: di manakah terletaknya Alaska???....
saya: di Amerika
interviewer:boleh spesifik kn ckt x amerika tu kt mana???.,.Amerika tu luas...Amerika utara ke??? selatan ke??? barat ke???
saya: ia terletak di utara...utara Amerika..sbb mcm pernah terbaca...
interviewer: ceritakan apa yg awak tahu tentang alaska???
saya: alaska tu....ia tempat perlancongan....banyak org yg dtg melawat sana sebab tempatnya mmg terkenal (dlm hati: sebenarnya xsure jawapan aku btl or tak..tpi rasanya mcm terbaca yg alaska mmg tmpt prlancongan)...
interviewer: bagaimana plak cuaca kt sana?
saya: cuacanya sejuk...ada ais...
interviewer: sebenarnya awak tahu or penah baca x pasal Alaska??
saya:  pernah baca...tahula sikit2, xsure jwpn saya btl ke x..(org kata jawap masa interview kena jujur, sooo saya jawapla dgn sejujurnya...apa yg dia tnye tuu...)
interviewer: ok, sebenarnya Alaska mmg terletak di Amerika, iaitu amerika utara...cuacanya mmg sejuk...dan dia merupakan tmpt perlancongan yg terkenallah...
interviewer: ok...sekarang saya nk bg situasi...dari situ awak cuba buat mikro teaching selama 5 minit berkenaan situasi tersebut???(interviwer tu pon bgla situasi....iaitu sediakan mknn bg pesakit or si pulih...)
saya:  saya pon  mengajarla   kt depan dlm 2 mnt brdasarkn situasi yg tersebut...
interviewer: dah???...(mcm pelik sbb dia bg masa 5 mnt, aku mikro teaching 2mnt je)...
saya:  sudah...
interviewer: ok...skrg saya nak awak jawab dlm bhs inggeris berdasarkn situasi saya beri...dia pon berila situasi...
saya: say pon jawap la prang prung prang prang prang
interviewer: sblm ini ambik course apa???
saya: food tech
interviewer: food tech???...kat KL ada halal hub, byk peluang...xpergi ker... keje banyak???
saya: nak pergi....masa xmengizinkan
hehe....

Tuesday, 10 May 2011

Anggerik Merah blog: harga gula naik lagi????

Anggerik Merah blog: harga gula naik lagi????: "thn 2011 mmg thn harga brg2 naik......mula2 minyak RON 95 naik...skrg harga gula plk naik...pasni apa pulak yg naik...darah naik kot...grrr...."

cabaran jadi cikgu.....

cabaran betolla mnjadi seorang guru, nk2 lg mnjadi seorang guru baru mcm aku.....mcm2 kerenah pelajar nk dilayan....seeeetiappp hari...,itu blm lg masalah pelajar yg pelbagai...alkisahnyaaaa, hari ini seorang pelajar lelaki form 2 yg aku relief tlh membuatkn darah aku menyirap2...dhler dia mempermainkan setiap kata2 aku keluarkn...bila suruh diam blh pulak dia mengejek2 aku dgn mbuat batuk2 dan gelak2..sikapnya yg bg aku agak kurang ajar itu diikuti pula olh beb pelajar2 lelaki yg aku pasti msti gengnya....tu xpe lg, masa aku xbenarkn dia balik olh sbb kelakuan dia yg sgt kurang ajar tu, dia blh terus bukak pintu blkg  kelas yg aku tutupn kunci  dan lari balik tanpa mempedulikn arahan aku......ya Allah...marahnya aku tuhan saja yg tahu...kejadian ini membuatkn pljr lain trcengang2 melihat keberanian sikapnya... dugaan apakah ini???tercabar aku.....sbgi guru bru ini sedikit sbyk melemahkn sedikit semangat aku pd hari ini..nsb baiklah kejadian berlaku beberapa mnt sblm waktu balik....mendidih darah aku...ya Tuhan....kesudahannya???...tau la dia apa aku nk buat esok hari...heheh..apapon...aku harap kejadian trsebut xmbuatkn aku lemah smgt, mgkn ada hikmahnya berhadapan situasi ini di sekolah pedalaman seperti ini....harapan ku, moga aku trs ikhlas berjuang sebagai seorang guru di sekolah pertama aku posting ini....chaiyok2 azea....

Monday, 9 May 2011

harga gula naik lagi????

thn 2011 mmg thn harga brg2 naik......mula2 minyak RON 95 naik...skrg harga gula plk naik...pasni apa pulak yg naik...darah naik kot...grrr...pasni mai pakat sama2 kita kurangkn pgunaan gula dlm mknn, tmbh gula dlm senyuman (sndiri pon susah senyum)..:P blhla kurang ckt pesakit diabetes kt malaysia ni...bgs jgk kn..heheh

jom belajar bahasa tagalog...2 patah saje...

perasan x kalo kite tgk cite philipine kite akan dapati ada beberapa patah perkataannya sdkt  bersamaan dgn pepatah dlm bahasa Melayu.. Contohnya ye: anak (philipine)dalam bahasa melayunya bmaksud anak jgk......aku (philipine) maksudnya aku @ saya....jugak... sama kn..selamat pula dalam bahasa melayunya terima kasih...yg ni lain  ckt mksdnya, xsama...tpi mcm nk dekat samakn..hahaha :P
so cuba korang teka kalo anakku (philipine) maksudnya apa dlm bhs melayu???......moral of the story???....

Sunday, 8 May 2011

9 mei 2011

Hari pertama saya berbloging setelah sekian lama teringinnnn nk mulakan.....akhirnya tertunai pada 9 mei 2011
Namun hari ni sedikit sedih sbb x dpt meraikan hari ibu bersama Mak tersayang.......makkkk...selamat hari ibuuuuu...geah sayang mak....