Sunday, 11 December 2011

Just for laughs- interview with Datuk Rajagopal =)

“Datuk, saya nak tanya satu soalan boleh? Tapi ini tak ada kaitan dengan bola sepak,” tanya seorang wartawan sukan kepada K.Rajagopal.
“Boleh. Tanya la,” kata Rajagopal.
“Kenapa Datuk terima gelaran ‘Datuk’ tu? Kan gelaran tu merendahkan martabat datuk?”
“Rendah? Saya kurang faham.”
“Ya la. Awak kan sudah jadi Raja, kenapa nak jadi Datuk?”
sumber: informasi.my

Monday, 31 October 2011

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.
INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

DOA NABI YUNUS...Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah..

Sunday, 30 October 2011

Tahukah anda?????

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal..

Thursday, 13 October 2011

(JGN CEPAT MELATAH)...MALAYSIA AKAN MENGHARAMKN PENGUNAAN TUDUNG DI IPTA TERMASUK DI SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH:

PANASSSS BERMULA PADA TAHUN 2012 KERAJAAN MALAYSIA AKAN MENGHARAMKAN PENGUNAAN TUDUNG DI IPTA TERMASUK DI SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH: Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang HARAM dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus. Antara jenis tudung yg tidak boleh dipakai ialah:- 1)Tudung saji, 2)Tudung periuk, 3)Tudung Termos 4)Tudung cat dan berbagai-bagai jenis Tudung botol yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian! Huhu...

Tuesday, 11 October 2011

Doa mencari jodoh

xsalah kn kalau berikhtiar...dismpg berikhtiar jgn lupa serahkn segala2nya kpd Allah kerana Dialah  yg Maha Mengetahui dan Maha bijaksna...

Do'a Mohon Jodoh dan Keturunan yang BaiK



Ertinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyai': 89).

Mdh2n Allah memberikan yg terbaik untk kita...amin...

Azea Abdul Razak blog: teka-teki teka tekup...

Azea Abdul Razak blog: teka-teki teka tekup...: Syarikat apakah yang terbesar di dunia? Air apakah yang tidak akan beku? Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus? Apakah yang...

teka-teki teka tekup...

Syarikat apakah yang terbesar di dunia?

Air apakah yang tidak akan beku?

Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?

Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan?

Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan?

=)kEtAwA pEnAwAr DuKa.=(

CERITA 1
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.
Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

CERITA 2
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

CERITA 3
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
...
semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
... ...
tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia," hahaha ;D

CERITA 4:
Pd suatu hari seorang pemuda yg sdg mmandu kereta terlihat seorg nenek tua sdg meragut rumput ditepi jln. Pemuda itu lantas bhenti & menghampiri nenek tsbut..
Pemuda: eh! Kenapa nenek mkn rumput ni?..
Nenek: nenek ni org miskin cu, xmampu beli mknn..
Pemuda: oh! kalau begitu..marilah ikut sy balik rumah,nek..
Nenek: eh betulkah?? Tp sy ada 5 org cucu bersama...
Pemuda: oh baguslah! Bawa mereka semua sekali..
Nenek: terima kasih nak. Tp kenapa anak ni baik sgt dgn nenek? (terharu)...
Pemuda: ohh!! Kebetulan..dibelakang rumah sy rumputnya panjang2!!!!

cerita 5:
Seorang pndengar menelefon penyampai radio
Pendengar: Helo, sy nak buat ucapan...
Penyampai: Ye, silakan
Pendengar: Sy nak smpaikn ucapan ni utk ayah sy yg tgh basuh kereta tu., mak sy yg tgh memasak.., abg yg tgh tengok tv.. dgn ucapan.. TENGAH BUAT APA TU??? haha...

Saturday, 9 July 2011

Sajak Aminah QUTB kepada suaminya............

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA,
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUASIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI,
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA ...
YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG TELAH DITETAPKAN OLEHMU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANAMU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANAMU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN OLEHMU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN YANG KAU BERIKAN ...YA ALLAH
JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU..
YA MUHAIMIN...JIKA AKU JATUH CINTA, JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADAMU...
YA RABBANA, JIKA AKU JATUH HATI, JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING KEPADAMU,
YA RABBUL IZZATI, JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DIJALANMU..
YA ALLAH,JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGAMU..
YA ALLAH..........
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH MU, JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DISEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH  HATI PADA KEKASIHMU, JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADAMU.
YA ALLAH, JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI  KEKASIHMU, JANGAN BIAR AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADAMU.... 

Orang yang bahagia itu.......

Orang yang BAHAGIA itu akan selalu menyediakan waktu untuk MEMBACA..........,
Kerana membaca itu sumbernya HIKMAH.....,
Menyediakan waktu untuk TERTAWA, kerana....
Tertawa itu muziknya JIWA...,
menyediakan waktu untuk BERFIKIR, kerana...
berfikir itu pokok KEMAJUAN,
Menyediakan waktu untuk  BERAMAL, kerana
Beramal itu pangkal KEJAYAAN,
Menyediakan waktu untuk BERSENDA, kerana
Bersenda itu akan  membuat MUDA selalu,
menyediakan waktu untuk BERIBADAT,
kerana Beribadat itu ibu daripada segala KETENANGAN JIWA......

Sunday, 26 June 2011

Azea Abdul Razak blog: Aaron Aziz mohon status penduduk tetap di Malaysia...

Azea Abdul Razak blog: Aaron Aziz mohon status penduduk tetap di Malaysia...: "minat sangat dgn Aaron aziz ni......nak2 lagi semenjak dia melakonkan watak romantik 'Seth Tan; dalam drama popular 'Nora Elena'...dia berla..."

Aaron Aziz mohon status penduduk tetap di Malaysia....yeay2

minat sangat dgn Aaron aziz ni......nak2 lagi semenjak dia melakonkan watak romantik 'Seth Tan; dalam drama popular 'Nora Elena'...dia berlakon di samping pelakon yang cantik molek bernama Siti Saleha.....so...apa2 saja berita baru pasal Aaron ni mmg saya follow...baru2 ni dalam akhbar kosmo keluaran 23 jun mengatakan Aaron Aziz ingin memohon status tetap di Malaysia...sementelah 5 tahun duduk n berlakon di Malaysia..sebagai persediaan tersebut, dia sudah pon menjual kebanyakan aset2nya di singapura...wahh3 bertambah-tambah lagi la rakyat Malaysia selepas ini....hehehe..Buat Aaron Aziz n family...UR Welcome...the hehe...mesti ramai peminat2 malaysia yg mngalu-alukan kedatangan beliau ke sini.......dan katanya lagi, sebelum memohon status tetap Malaysia, beliau dan isterinya ingin memnunaikan umrah di Mekah,....semoga successss ye Aaron...:)

Saturday, 18 June 2011

KL Gangster hampiri 8 juta????.....wow juta2 lemon...


Pengarah :Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit :Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Aksi
Tarikh Tayangan :09 Jun 2011
Durasi :81 min
Audio :Dolby
Format :35mm


Menurut Berita Harian 14 Jun 2011:B: Kl Gangster Raih Rm6.2 Juta

harian metro 17 Jun 2011: filem ni Boleh Raih Rm11 Juta.............

Atau mungkinkah filem ni bernilai lebih daripada nilai2 di atas ditambah pula dengan isu2 kontroversi lagi hangat melibatkan  penggunaan istilah2  seperti abang long, abang kawasan, abang ngah etc yg kononnya isitilah2 tersebut biasanya digunakan oleh ahli pekida lalu menyebabkn pihak pekida terasa???......

Metro 19 jun: yusof haslam meminta maaf kepada pihak pekida di atas salah faham yang telah berlaku....hangat2...

Trailer filem ni macam best/ gempak je....

ayat yang paling saya suka dengar ialah:...   .".wayang sudah mampus...."....waaaa ganas ganas....hehehh
.....Mcm dasyatnya....bila la dpt pergi tgk ye???.....



Friday, 10 June 2011

Demam drama nora elena...

Ermm...dulu demam drama adamaya n nurkasih,,, ni dtg  lg demam.....demam nora elena......hehehe
facebook nora elena (slot Akasia TV3) berjaya mengumpul sejumlah lebih daripada  50 000 fans selepas 2 minggu tayangan cerita tersebut di tv3, manakala siti saleha pula berjaya menambah fans dalam jumlah yang  lebih kurang sama...wow wowo wow !!! hebat sungguh penangan drama tersebut sampai pelakon2 nya pon dapat perhatian ramai peminat, twitter n facebook aaron aziz xyah ckp la...mmg dh ramai peminat, kalau tengok drama tersebut, watak antrogonis di bawakn yvonne berjaya  mmebuat kn kita btl2 menyampah dgn sikap dengki n jelous dia...smpaikn meluat tgk muka dia, rasa nk sepak2, lempang dia pon ada.ieiii geramnya.....bayangkn dia kalau ada dia depan mata kita...ntah apa jadi (konon2nya)...pendek kata.. mmg berkesanla watak yang di bawakn wan syarmilla...agak2 kalau terjumpa dia kt luar kn.. msti ramai terbawa2 perasaan marah n geram tgk muka dia...hehehe.....saya pun turut terkena tempias demam nora elena ni..trtunggu2 hari isnin hingga khamis nak2 lagi dari jam  7 hingga 8 malam akan terpacakla depan tv.xnak trlepas..alhamdulillah, sepanjang 2 minggu cerita xpernah lagi tercicir sembahyang maghrib...komitemen kepada tuhan ttp wajib...lagi satu....lepas tahu siti saleha tu adik sam bunkface lagi la perasaan membuak2 nak tgk cite tu...ermm...cantik jgk adik dia...mix la katakan...

Friday, 3 June 2011

Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks.....(lepas habis juta2 pound nak kawin????)

Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks

'I Made A Terrible Mistake' Says Heir To British Throne

June 1, 2011 | ISSUE 47•22
LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.

Gambit Perjelas Pasal Klip Video Unsur Lucah arahannya......

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah
Sunber daripada metro oleh KEMALIA OTHMAN
PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap ‘biasa’.
“Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

proud to be Malaysian. we're on par with the West now...yeaaahhhh! muzik video artis kita setanding dengan MV artis hollywood...

p/s: kalah lady gaga kalo mcm ni..hahaha

video:sumber metro tv: Bayi di campak keluar dari bangunan tinggi.......nauzubillahiminzalik

p/s:Andai kejadian ni xdisengajakn....meroyan @xsihat.., pelaku perlu diberikn rawatan segera....kalau ia disengajakn utk menutup aib, makhluk yg buat mcm ni perlu diknekn hukuman yg setimpal dgn perbuatannya......

Tuesday, 31 May 2011

ulasan filem 'KONGSI'...sekadar pandangan peribadi penulis..

sejak dudk di lipis ni susah ckt nk tgk wayang...maklumla pnggung  xda...
jadi bila tgk iklan filem baru di tv,... 'Kongsi'..rasa panas punggung....xsabar nk tgk, mcm best je cite ni...saya ni
mmg pantang kalo tgk adanya  cite2 action ni...maklumla cite action melayu...jrg2 ada...walau kurang ska tgk filem melayu  lps  pernah tertipu bila tgk filem2  kurang cerdik arahan prof razak mohaideen....lol...saya bagi filem ni berbintang2, 3.5 bintang..huhu, ....untuk filem ni, keseluruhannya:
.aksi2 ditunjukkan dlm filem ini sgt mantap, cuma sdkt trganggu dan cacat semasa dlm satu aksi kejar mengejar  .. cthnya semasa aksi kejar mngejar timulak dan inspektor wanita trsbt,  nmpk sgt ketara pelakon lompat menggunakn tali khas...sgt xreal,nmpk mcm terbang pon ada...lucu pon ada.. plot jalan cerita pon xberapa kuat,adakah  timulak dihantar untk mbalas dendam dan kucar kacirkan kumpln kongsi gelap hanya kerana dendam lama yg berpunca dari sikap xbrpuas hati akan isu yg xlogik (kalah muay thai lalu trpaksa mnjadi hamba abdi bosnya)....tpi credits to director filem ni atas rencah aksi komedi bersahaja timulak yg menjadi dan menghiburkan....sam juga nmpk real kecek kelate...heheh...dan lastly, bg sayala..cite melayu paling best yg pernah saya tgk adalah filem Hikayat Merong Mahawangsa....4 bintang tnk filem ni..xsia2 kuarkn blanja byk untk buat filem trsebut...

Monday, 23 May 2011

tragedi tanah runtuh (rumah anak yatim al-taqwa), 21 mei 2011...-al-fatihah

Takziah kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. Gambar diambil sebelum kejadian....
semoga roh mereka ditempatkn dalam kalangan org2 yg soleh...aminnTanah Runtuh: Mangsa seperti dihempap 600 lori
di petik daripada sumber: Harakahdaily   
KAJANG, 23 Mei: Dianggarkan sejumlah 3,506 meter padu tanah atau bersamaan dengan 600 buah lori yang menimbus sejumlah 25 pelajar dan warden dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir Ashaari Mohamad ketika memberi taklimat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi kejadian lewat petang ini.

"Bahkan dari maklumat yang kita perolehi, sesetengah dari mangsa bukan sahaja ditimbus oleh tanah, malah juga batu besar yang menghimpit mereka," katanya.

Selain Tan Sri Khalid, turut serta melawat lokasi kejadian petang tadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat.

Ashaari Mohamad juga berkata antara faktor tanah runtuh tersebut berlaku kerana hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah.

Menjelas lanjut beliau berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

Kedudukan bangunan itu juga katanya sememangnya tidak selamat ekoran terletak terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki dari cerun yang hampir tegak iaitu antara 75 hingga 80 darjah.

Disamping itu beberapa rekahan lama juga terdapat di bangunan madrasah tersebut yang menunjukkan kawasan tersebut beresiko ditimpa tanah runtuh.

Sementara itu Menteri Besar Selangor itu turut meluangkan masa melawat ke penempatan sementara penghuni madrasah dan anggota keluarga yang disediakan kerajaan negeri di Azwin Resort.

Beliau menasihatkan semua keluarga yang terlibat bersabar menerima ujian Allah itu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden terbabit sedang berlatih kompang dan nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu sememangnya dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.






sekadar berkongsi cerita.............


Wednesday, 11 May 2011

pengalam interview DPLI...

msh segar lg ingtn masa kena interview DPLI thn 2009 dulu...bru nk panaskn punggongku duduk di kerusi,aku terus diajukan soalan ini:
interviewer: di manakah terletaknya Alaska???....
saya: di Amerika
interviewer:boleh spesifik kn ckt x amerika tu kt mana???.,.Amerika tu luas...Amerika utara ke??? selatan ke??? barat ke???
saya: ia terletak di utara...utara Amerika..sbb mcm pernah terbaca...
interviewer: ceritakan apa yg awak tahu tentang alaska???
saya: alaska tu....ia tempat perlancongan....banyak org yg dtg melawat sana sebab tempatnya mmg terkenal (dlm hati: sebenarnya xsure jawapan aku btl or tak..tpi rasanya mcm terbaca yg alaska mmg tmpt prlancongan)...
interviewer: bagaimana plak cuaca kt sana?
saya: cuacanya sejuk...ada ais...
interviewer: sebenarnya awak tahu or penah baca x pasal Alaska??
saya:  pernah baca...tahula sikit2, xsure jwpn saya btl ke x..(org kata jawap masa interview kena jujur, sooo saya jawapla dgn sejujurnya...apa yg dia tnye tuu...)
interviewer: ok, sebenarnya Alaska mmg terletak di Amerika, iaitu amerika utara...cuacanya mmg sejuk...dan dia merupakan tmpt perlancongan yg terkenallah...
interviewer: ok...sekarang saya nk bg situasi...dari situ awak cuba buat mikro teaching selama 5 minit berkenaan situasi tersebut???(interviwer tu pon bgla situasi....iaitu sediakan mknn bg pesakit or si pulih...)
saya:  saya pon  mengajarla   kt depan dlm 2 mnt brdasarkn situasi yg tersebut...
interviewer: dah???...(mcm pelik sbb dia bg masa 5 mnt, aku mikro teaching 2mnt je)...
saya:  sudah...
interviewer: ok...skrg saya nak awak jawab dlm bhs inggeris berdasarkn situasi saya beri...dia pon berila situasi...
saya: say pon jawap la prang prung prang prang prang
interviewer: sblm ini ambik course apa???
saya: food tech
interviewer: food tech???...kat KL ada halal hub, byk peluang...xpergi ker... keje banyak???
saya: nak pergi....masa xmengizinkan
hehe....

Tuesday, 10 May 2011

Anggerik Merah blog: harga gula naik lagi????

Anggerik Merah blog: harga gula naik lagi????: "thn 2011 mmg thn harga brg2 naik......mula2 minyak RON 95 naik...skrg harga gula plk naik...pasni apa pulak yg naik...darah naik kot...grrr...."

cabaran jadi cikgu.....

cabaran betolla mnjadi seorang guru, nk2 lg mnjadi seorang guru baru mcm aku.....mcm2 kerenah pelajar nk dilayan....seeeetiappp hari...,itu blm lg masalah pelajar yg pelbagai...alkisahnyaaaa, hari ini seorang pelajar lelaki form 2 yg aku relief tlh membuatkn darah aku menyirap2...dhler dia mempermainkan setiap kata2 aku keluarkn...bila suruh diam blh pulak dia mengejek2 aku dgn mbuat batuk2 dan gelak2..sikapnya yg bg aku agak kurang ajar itu diikuti pula olh beb pelajar2 lelaki yg aku pasti msti gengnya....tu xpe lg, masa aku xbenarkn dia balik olh sbb kelakuan dia yg sgt kurang ajar tu, dia blh terus bukak pintu blkg  kelas yg aku tutupn kunci  dan lari balik tanpa mempedulikn arahan aku......ya Allah...marahnya aku tuhan saja yg tahu...kejadian ini membuatkn pljr lain trcengang2 melihat keberanian sikapnya... dugaan apakah ini???tercabar aku.....sbgi guru bru ini sedikit sbyk melemahkn sedikit semangat aku pd hari ini..nsb baiklah kejadian berlaku beberapa mnt sblm waktu balik....mendidih darah aku...ya Tuhan....kesudahannya???...tau la dia apa aku nk buat esok hari...heheh..apapon...aku harap kejadian trsebut xmbuatkn aku lemah smgt, mgkn ada hikmahnya berhadapan situasi ini di sekolah pedalaman seperti ini....harapan ku, moga aku trs ikhlas berjuang sebagai seorang guru di sekolah pertama aku posting ini....chaiyok2 azea....

Monday, 9 May 2011

harga gula naik lagi????

thn 2011 mmg thn harga brg2 naik......mula2 minyak RON 95 naik...skrg harga gula plk naik...pasni apa pulak yg naik...darah naik kot...grrr...pasni mai pakat sama2 kita kurangkn pgunaan gula dlm mknn, tmbh gula dlm senyuman (sndiri pon susah senyum)..:P blhla kurang ckt pesakit diabetes kt malaysia ni...bgs jgk kn..heheh

jom belajar bahasa tagalog...2 patah saje...

perasan x kalo kite tgk cite philipine kite akan dapati ada beberapa patah perkataannya sdkt  bersamaan dgn pepatah dlm bahasa Melayu.. Contohnya ye: anak (philipine)dalam bahasa melayunya bmaksud anak jgk......aku (philipine) maksudnya aku @ saya....jugak... sama kn..selamat pula dalam bahasa melayunya terima kasih...yg ni lain  ckt mksdnya, xsama...tpi mcm nk dekat samakn..hahaha :P
so cuba korang teka kalo anakku (philipine) maksudnya apa dlm bhs melayu???......moral of the story???....

Sunday, 8 May 2011

9 mei 2011

Hari pertama saya berbloging setelah sekian lama teringinnnn nk mulakan.....akhirnya tertunai pada 9 mei 2011
Namun hari ni sedikit sedih sbb x dpt meraikan hari ibu bersama Mak tersayang.......makkkk...selamat hari ibuuuuu...geah sayang mak....