Tuesday, 18 November 2014

Rombongan cik Kiah Ke sukan Komanwel (ehehehe)

14-16 Nov 2014...
lawatan ke Tambun+Masjid Cina+Kellie's Castle+Gua Tempurung+ Bonus, ke shopping mall @Eon

Di hadapan lost World of Tambun
ingatkan besar sangat, rupa-rupanya biasa-biasa je......
sesiapa yg pernah ke gambang water park or genting tau la perbezaannya


Harga tiket masuk ke lost world of tambun, dahsyat kannnn.....telan air liur sekejap...
kalo nak harga lg murah blhlah beli secara online. Pastikan pembelian 30 hari lebih awal dri tarikh masuk


 Teruja tgk air....xsabar nk mandi, nasib dtg awal, org masih xbpe ramai lg
 mandi-manda xingt dunia
 Seronok bagi makan ikan jinak kat tasik di lost world of tambun, sgt mereleasekan tension...byk sgt ikan kapppp....geram rasa nak tangkap je...

 Harimau pun adooo


Lembah timah....

Gajah pon ada, boleh tunggang lagiiiii
 Boleh cuba mendulang timah kat sini....seronok dan sangat mengujakan

Dulang tea house di dalam gua, unik sgtttt...penat berjalan blh singgah minum kat sini


Wednesday, 12 November 2014

Orang yang BAHAGIA itu akan selaluuu......

Orang yang BAHAGIA itu akan selalu :

 meluangkan waktu untuk MEMBACA  kerana membaca itu sumbernya HIKMAH


meluangkan waktu untuk TERTAWA kerana tertawa itu muziknya JIWA


meluangkan waktu untuk BERFIKIR kerana berfikir itu


pokok KEMAJUAN, 


 meluangkan waktu untuk BERAMAL kerana beramal itu pangkal KEJAYAAN, 


 meluangkan waktu untuk BERGURAU SENDA kerana bergurau senda itu akan membuat MUDA SELALU, 


 meluangkan waktu untuk BERIBADAT kerana beribadat itu adalah ibu dari segala KETENANGAN JIWA.

Pantun Usman Awang Buat Peringatan Bangsa Melayu...........

Alangkah sopan dan seninya orang melayu zaman dahulu,walau bertelingkah lidah namun madahnya penuh hikmah...Bak kata Usman Awang

Berkelahi orang melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan mnyembah
Meninggi bukan melonjak..

Sunday, 17 August 2014

LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI (HKS) SMK PADANG TENGKU 2014 PART 1

LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI (HKS)
SMK PADANG TENGKU 2014
 Image result for logo smkpt


ANJURAN BERSAMA:

ANGKATAN KOPERASI MALAYSIA (ANGKASA)
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU BERHAD (KOSPAT)



TARIKH   :       21 JUN 2014
HARI        :       SABTU
MASA      :       9.30 PAGI – 2.00 TENGAHARI
TEMPAT  :       SMK PADANG TENGKU

        Pada 21 Jun 2014 bersamaan dengan hari rabu, pihak Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku Berhad (KOSPAT)  telah mengadakan sambutan Hari Koperasi di peringkat Sekolah (HKS) yang bertemakan “Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara”.

            Sambutan diadakan dibeberapa venue antaranya di Dataran Perpaduan, kantin, surau, foyer Ibnu Sina dan di sekitar dan di dalam Dewan Paseban Agung SMKPT. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena HKS ini seperti persembahan sketsa murid, karnival jualan, pameran dan jualan buku, jualan hasil karya murid, pameran dan jualan seramik, mencanting batik dan jualan batik, pemeriksaan kesihatan percuma, rawatan bekam, jualan dan demontrasi tulisan khat, melukis poster dan jualan produk MPV (Mata Pelajaran Vokasional).

Matlamat utama Sambutan Hari Koperasi Sekolah  ini diadakan adalah:
  • Menyahut seruan  program yang  dianjurkan pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) yang bermula daripada tarikh 2 Mei sehingga 27 Jun 2014.
  • Memberi pendedahan. galakan dan rangsangan kepada murid-murid dan warga SMKPT dalam bidang keusahawan.
  • Mengeratkan lagi hubungan sosial  warga SMKPT dengan komuniti setempat dan NGO.
  • Melahirkan murid yang minat perniagaan berteraskan koperasi
  • Melahirkan warga yang peka aktiviti koperasi
1.1              AKTIVITI WAJIB
A. Perhimpunan Khas




Banner Hari Koperasi Sekolah
Tempat: Di Dewan Paseban Agung, SMKPT (12.30pm) 21 Jun 2014

Bacaan doa oleh wakil murid adik Mohd Najmi Bin Johari, (12.40 pm) 21 Jun 2014

Perhimpunan Khas murid-murid di Dewan Paseban Agung SMKPT. Murid berkumpul pada pukul 12.30pm 21 Jun 2014


Tayangan video lagu ‘Semangat Koperasi’. Semua murid dan guru turut sama menyanyi diiringi kumpulan koir sekolah.(12.45pm)


Encik Mohd Rosli Bin Awang Besar, GPK1 bersama-sama Puan Harinawati, GPK HEM selaku perasmi HKS SMKPT 21 Jun 2014

Tayangan video lagu ‘Semangat Koperasi’. Semua murid dan guru turut sama menyanyi diiringi kumpulan koir sekolah.(12.45pm)



Wakil murid, Cik Nor Alaina Hassani membacakan perutusanYB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.(12.50pm) 21 Jun 2014


Wakil murid Nur Fathiyah Nafisah Bt Roslan membacakan perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Sri Hasan Malek.(12.54pm) 21 Jun 2014



Cik Zarifah Aini membacakan perutusan presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. (12.57pm)

PERHIMPUNAN KHAS/ PERASMIAN
Puan Harinawati Binti Hussain, GPK HEM, wakil pengetua SMKPT menerangkan tentang sambutan HKS, tujuan diadakan HKS, kepentingan koperasi dan perkembangan terkini  serta aktiviti koperasi sekolah (KOSPAT) tahun 2014. (13.05 pm)





Perasmian HKS SMKPT 2014 oleh Puan Harinawati  bt Hussain selaku perasmi.(13.14pm) 21 Jun 2014


1.2       AKTIVITI TAMBAHAN SEMASA PERHIMPUNAN KHAS
1.2.1    Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah 2014


Anugerah koperator lelaki terbaik 2014, Asrul Nizam Bin Nor Hamidi 5Al-Battani (berbaju hitam, terlibat aktiviti keusahawanan. Wakil naik ke  pentas menerima hadiah). (13.18pm) 21 Jun 2014



Anugerah koperator terbaik perempuan 2014
-Adik Nur Hanim Amira Bt Sanusi, 4 Ibnu Sina.13.19pm)



Cenderahati kepada beberapa ALK yang menyumbangkan tenaga kepada KOSPAT 21 Jun 2014
Cenderahati kepada ALK KOSPAT disampaikan oleh Encik Rosli Awang Besar, GPK 1


1.2.2    Edaran Tanda Peringatan HKS
Wakil ALK KOSPAT mengedarkan cenderahati kepada murid sementara majlis berlangsung. (12.50pm)
Edaran cenderahati pen berlogo SMKPT kepada semua murid tanda memperingati HKS   (12.50pm)



Cenderahati kepada ALK kategori guru (Pengurus koperasi, Tn Haji Asri Bin Yamin)
Cenderahati –ALK Puan Noorela Binti Samat@Mat Juri (13.25pm)




  




Sunday, 26 January 2014

Kutip pengalaman di Beijing, China

Duit China, Yuen


Tandas terbuka di Dataran Tian An Men

Basikal bermotor roda tiga -dgunakn utk mgutip sampah di dataran TAM


Anggota polis tegak berdiri 

Pengunjung bertali arus
Dataran TAM tersergam indah

Tiada di Malaysia,, van yg unikkkkkk...
 Hujan renyai2
                                                Kawasan2 dlm istana

Sedang dlm peralihan musim sejuk ke musim bunga



 Gambar-Bapa pemodenan China TAM
Lautan manusia...sntiasa ramai

alat menyimpan air utk memadam kebakaran 
di istana suatu ketika dahulu


Terserempak dgn muslim china....excited nya diorg dpt jumpa kami sbb kami pakai tdg (muslim)...

  gmbr xclear... ramai sgt berebut nk ambil gmbr dlm istana-no entry
Gambar dalam istana..., tmpt raja brsemayam




Mesin memintal benang sutera zaman dahulu
Penerangan Metamorfosis ulat sutera


Kedai menjual kain sutera

Mesin memintal benang sutera zaman dulu2
Bank Of Beijing-berhampiran TAM

 Balai polis